Wednesday, November 26, 2008

GROUP369 PAKSA BERHUTANG

Ada orang cakap, Group369 Hai-O paksa sapa2 yg nk join bisnes ni supaya buat loan!?

urmmm... :)
Bagi aku, statement camni agak sukar bagi fikiran waras aku nak terima mudah-mudah.
Sebab sepanjang aku 'berdamping' dengan Group369 ni, kenal leader2 Group369 ni, kenal CDM2 Group369 ni (aku kenal, tp mungkin derang tak kenal aku)... Takde plak aku jumpa point yg bleh aku nak dakwa derang memaksa untuk new-member buat loan, diulangi; PAKSA!

Yang aku jumpa, yg aku perasan, yg aku faham.. derang ada cadangkan, tunjuk jalan darimana nak dapatkan modal. Maklum la, orang kita bukan ada simpanan sangat. Nak jual Sistem Rawatan Air Bio Aura yg harga RM2080 tu pon jarang sangat yg mampu beli cash/tunai. Tu untuk pakai sendiri, apa lagi laa kalo nak buat bisnes.. mane laa nak cekau modal!

Okes..!
Ni baru mukadimah untuk tajuk PAKSA BERHUTANG.
Belum masuk isi lagi.
Kesimpulan pon lambat lagi.
Tapi untuk posting kali ni, aku break sini dulu.

Pandangan & komen anda berkaitan tajuk ni amatlah dialu2kan..

Bersambung... ;)

Tuesday, November 25, 2008

CALDINA 369







CALDINA 369 Rock On The Road!!

Sunday, November 16, 2008

PENIAGA CEMERLANG & BERETIKA


Penerima 'ANUGERAH KECERMELANGAN PENIAGA BERETIKA 2008'

Diantara beribu-ribu syarikat yang ada di Malaysia, Hai-O Marketing tersenarai di tangga yang ke-6 dan dipilih oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) sebagai Penerima ANUGERAH KECEMERLANGAN PENIAGA BERETIKA pada tahun 2008.

Rujuk:
http://www.kpdnhep.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=12524

Saturday, November 15, 2008

BURSA MALAYSIA


Satu-satunya syarikat yang terlibat dengan jualan langsung tempatan tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia.

Monday, October 27, 2008

HAI-O unjur perolehan lepasi RM400j

Hai-O unjur perolehan lepasi RM400j
Oleh CYNTHIA YEOH

KUALA LUMPUR 26 Okt. - Hai-O Enterprise Bhd. (Hai-O) mengunjurkan perolehan lebih RM400 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 April 2009 disokong oleh sumbangan daripada segmen jualan langsung pelbagai peringkat (MLM).

Pengarah Urusan Kumpulannya, Tan Kai Hee berkata, unjuran itu berdasarkan kekuatan rangkaian pengedarnya yang kini 70,000 orang menerusi MLM dan pengenalan produk baru.

Menurutnya, sebanyak 20 peratus daripada jumlah pengedar adalah aktif dan secara purata menyumbang jualan kira-kira RM25 juta kepada kumpulan.
''Kami yakin sasaran itu mampu dicapai berikutan bilangan pengedar yang semakin meningkat dan menjangka pertumbuhan sehingga 2,000 ahli baru sebulan.

''Ketika berdepan dengan kelembapan ekonomi, ramai bumiputera akan menceburi dalam jualan langsung berserta bantuan daripada kerajaan, kami yakin segmen MLM akan terus berkembang," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Kai Hee berkata, Hai-O akan memperkenalkan produk baru iaitu penjagaan kesihatan dan kosmetik kepada rangkaian produk yang sedia ada.
''Kira-kira 80 peratus pengedar terdiri daripada golongan wanita. Kami percaya produk baru itu bakal mendapat sambutan menggalakkan daripada mereka," katanya.

Ujarnya, pada masa yang sama, mereka akan terus mengukuhkan jenama produk yang menjadi kekuatannya iaitu pakaian dalam pembentukan badan berteknologi inframerah Premium Beautiful dan sistem penapisan air Bio Aura.
Katanya, kedua-dua produk tersebut merangkumi lebih separuh daripada jualan yang disumbangkan oleh segmen MLM.

''Kami berjaya menjual sekurang-kurangnya 70,000 unit Bio Aura generasi kedua dalam setahun, sejak pelancarannya pada awal 2007," jelasnya.

Kedua-dua produk itu turut meraih anugerah Superbrands di bawah anak syarikatnya, Hai-O Marketing Sdn. Bhd. (Hai-O Marketing).

Menurut beliau, segmen MLM menyumbang 75 peratus kepada perolehan kumpulan.

''Pertumbuhan itu didorong oleh rangkaian produk berkualiti tinggi yang dijual pada harga berpatutan serta pengedar berkebolehan selain strategi pelan pemasaran agresif dan insentif pelancongan yang menarik ditawarkan," katanya.

Dalam pada itu, beliau menyarankan supaya lebih ramai bumiputera menyertai syarikat ini untuk meningkatkan potensi diri mereka dalam bidang keusahawanan dan merebut peluang meraihkan pendapatan menarik.

Pada Ogos 2007, Hai-O Marketing dianugerahkan Penghargaan Khas oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi berikutan sumbangan beliau melahirkan usahawan bumiputera di negara ini.

Tambahnya, Hai-O akan mengembangkan operasi di luar negara bermula dengan Indonesia untuk menembusi pasaran Islam di negara itu kerana semua produknya ditanggung halal.

''Kami menjangka jualan akan meningkat apabila operasi di Indonesia bermula dalam beberapa bulan lagi, tahun ini," ujarnya.

Kini, Hai-O Enterprise berada di kedudukan 10 teratas syarikat jualan langsung terbaik di negara ini.

Beliau berhasrat Hai-O akan menduduki tempat kedua dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Saturday, October 25, 2008

Dari CDM Aziz - 25OCT08

CDM Aziz merupakan antara top leader dlm Hai-O yg mempunyai rangkaian perniagaan yg hebat dibawah Kumpulan 369.

Mempunyai misi sendiri dlm bisnes ni.
Antaranya:
- 1st - Membawa keluarga & saudara-mara bersama2 jalankan bisnes ni hingga berjaya.
- 2nd- Berkongsi peluang keemasan ini bersama rakan2 terutamanya yg sama2 study di ITM dulu.
-3rd- Mengembangkan empayar perniagaan bersama siapa saja yg MAHU.

TERKINI TENTANG HAI-O
dari CDM Aziz:
1) Sale syarikat terkini melebihi RM25j.
2) Kira-kira RM20j daripada sale tersebut adalah dari Kumpulan 369.
3) Banyak pihak cemburu terhadap kehebatan Kumpulan 369 dengan Budaya yg dibawa bersama Sistem 369.
4) Kehebatan Group 369 telah mencipta sejarah dalam dunia MLM apabila berjaya melahirkan 97 orang CDM daripada 180 orang CDM Hai-O.
5) Perkembangan ini mendorong beberapa pihak tertentu untuk mengkaji apakah rahsia kejayaan Kumpulan 369.
6) Lalu muncul beberapa kumpulan lain dengan strategi yg saakan2 sama dengan yg digunakan Group 369. Juga ditiru pihak syarikat lain!
7) Namun jika diperhatikan, hingga kini hasilnya belum mampu memecahkan rekod kejayaan Kumpulan 369.

8) Cikgu Mat Saleh merupakan orang yg bertanggungjawab membawa orang Melayu terlibat dlm perniagaan MLM di bawah syarikat Hai-O Marketing.
9) Dulu, majoriti pengedar Hai-O dari bangsa Cina.

10) Dalam dunia MLM, perkara terpenting mesti dimiliki ialah IMPIAN.
11) Sabar & Istiqamah semasa followup prospek atau rakan kongsi yg jenis degil or liat.
- Hasilnya pasti diluar dugaan.
12) Sentiasa muhasabah diri ketika susah mahupon senang.
13) Rendah diri, minta nasihat org yg dah berjaya atau lebih berpengalaman.
14) SIKAP sendiri yg tentukan perjalanan hidup kita.
15) Jadilah PENDENGAR yg baik. Lebih baik diam.
16) Target dlm bisnes ialah ingin membina & memiliki Empayar perniagaan yg luas.

17) Dalam Hai-O, dah ada usahawan yg berpendapatan RM300,000 sebulan.
18) Simpanan dlm TabungHaji CDM Rohana & CDM Azlan melebihi RM8j.

TEKNIK FOLLOWUP

Kalau nak lakukan 'redah', pastikan kita membuat plan A,B,C.
Contohnya: Sediakan list prospek lain yg berhampiran sebagai plan B jika propek 'redah' takde kat rumah.

Peruntukan untuk sakit?

Dalam masyarakat kita, sekurang2nya ada 4 golongan yang berbeza prinsip dalam menguruskan kewangan diri dan keluarga.

1] Golongan kebanyakan yg akan memperuntukkan sebahagian pendapatan bagi tujuan perubatan bila sakit. (Duit untuk sakit).

2] Golongan yg mempunyai peruntukan khas untuk menjaga kesihatan bagi mengelak daripada ditimpa penyakit. (Duit untuk sihat).

3] Ada juga yg akan menyediakan tabung khas utk digunakan waktu kecemasan ditimpa penyakit dll. Dalam masa yg sama, sentiasa bersedia mengeluarkan bajed untuk tujuan menjaga mengekalkan kesihatan.

4] Malangnya masih terlalu ramai mereka yg tidak mempunyai apa2 peruntukan khas bagi 2 keperluan ini.

[Tidak dinafikan, peruntukan yg disebutkan diatas perlu tersenarai dlm bajed belanjawan pribadi atau keluarga kita. Tapi disebabkan terlalu ramai org kita yg bekerja medapat gaji lebih rendah daripada kos perbelanjaan harian.
Kuasa beli sgt rendah]

Peluang perniagaan dlm Hai-O Marketing terbuka luas utk sesiapa saja rebut.
Kenapa masih ada yg lebih suka merungut tentang masalah kewangan tapi takde pulak tindakan susulan selesai rungutan?!

Identiti Kumpulan 369

Penerangan Sistem 369 oleh DDM Fairuz - Seorang pensyarah yg sedang bercuti tanpa gaji utk fokus dlm bisnes. Dah nak CDM la katakan! ;)

# Budaya 369 adalah identiti Group 369.
- Setiap ahli mesti amalkan budaya yang diterapkan ini sebagai disiplin dalam perniagaan.
- Budaya ini telah diamalkan oleh ahli2 senior Group 369 yang telah berjaya.

# Antara budaya yg diterapkan dalam Group 369 ialah:
* Setiap ahli mesti melakukan jualan peribadi sekurang2nya 20,000PV sekaligus melayakkannya dianugerahkan pangkat Pengurus Jualan.
- Letak sasaran pertama bila menjadi ahli ialah capai pangkat Sales Manager (SM)
- Fokus kepada 2 produk : BioAura & Premium Beautiful.
- Mendapatkan 4000PV dengan menggunakan sendiri produk.
- Pengalaman mengguna produk akan memberi keyakinan & kejujuran ketika mempromosikan produk tersebut kepada prospek.
- Jual produk sekurang2nya 16,000PV bagi mencukupkan keseluruhan 20,000PV peribadi.

# Selain target 20,000PV dan berpangkat SM;
- Setiap ahli mesti melakukan penajaan sekurang2nya 4 orang rakan niaga dibawah jaringannya secara terus.
- Tetapi tidak lebih 6 orang rakan kongsi.
- Wajib mentarbiah rakan kongsi sebaik mungkin supaya mereka berjaya dalam perniagaan yg kita perkenalkan ini.
- Dengan membudayakan sponsoring tidak lebih 6 orang, setiap ahli mampu memberi perhatian semua rakan kongsi.
- Group 369 tidak mahu dicemari rungutan "upline tinggal downline".

# Setiap ahli Group akan mengamalkan kaedah jualan yg sama.
- Menjual secara tunai kepada pengguna yg mampu.
- Membuka kemudahan bayaran ansuran kepada yg tak mampu.
- Setiap ahli perlu menyedari bahawa kaedah jualan yg dilakukan ini adalah bertujuan membantu mereka yg kurang kemampuan untuk mendapatkan produk yg mereka perlukan.

Walau dimana berada, budaya 369 mesti dibawa dan dijaga sekaligus membolehkan orang ramai mengenali kita melalui identiti tersendiri.

Migrain tiada lagi!

Pengalaman DSM Safinah pakai P.Beautiful.

* Sangat berpuas hati kerana masalah migrain yg dideritainya selama ini telah selesai semanjak memakai Corset P.Beautiful.

*Tak perlu lagi jumpa Doktor dan habiskan banyak duit untuk rawatan dan ubat. Dulu bergantung pada ubat.

*Ubat yg diberi akan membuatkan dia tidor tak sedarkan diri.

*Suaminya akan tinggalkan dia dalam bilik yg gelap & tutup supaya anak2 tak ganggu bila migrain menyerang.

*Safinah juga gembira kerana tubuhnya yg dulu terlalu kurus kini dah berisi dan ada potongan.

Dulu makan banyak pon tetap kurus.

Corset Premium Beautiful

Malam ni sampai lewat sket. Huhu.. Macam la malam lain sampai awal!
Walau camne pon, ilmu yang dikongsi tak ada hadnya. Mesti diceduk sebaik mungkin.

DSM Nazarina sedang berkongsi ilmu tentang produk Corset Premium Beautiful.
Seperti kebanyakan wanita dah tahu, P.Beautiful ni memang la sangat2 hebat.

Dah berapa ramai pompuan2 yg tampil ke depan berkongsi pengalaman memakai Corset P.Beautiful ni. Semuanya berpuas hati dan bersyukur kerana diberi peluang memakainya. Macam2 la masalah kesihatan mereka selesai kesan dari pemakaian Corset P.Beautiful ni.

Dalam aku duk dengar DSM Nazarina buat penerangan P.Beautiful ni, aku teringat kat kawan pompuan aku tu.. Beberapa bulan lepas aku ada tolong belikan Corset P.Beautiful ni kat dia. Dia ni ada masalah senggugut tahap ganas jgk la. Nak gerak pon takleh. Camne rasa sakitnya tu aku tak tau la. Setakat ni takde pengalaman kena senggugut lagi.. huhuhu..

Disebabkan ramai pompuan kat kelas 369 citer P.Beautiful pon bagus untuk masalah senggugut. Aku rekmen la suruh dia beli satu set.

Sambil2 dgr DSM Nazarina duk membebel kat depan, aku pon SMS kawan aku ni, tanya ada apa2 kesan tak sejak dia pakai P.Beautiful tu.

Dia pon Reply:
" Ada..pinggang sy dah tak sakit. U bygkanla,sy drive dr utara ke selatan sket pn tak sakit pinggang,klo dulu drive ke melaka pn dah sakit,pastu biji2 angin dah takde kt bdn:-) nape tya?"

Rupa2nya bukan masalah senggugut je ada, pinggang pon sakit. Dia ni tak kawin lagi, tapi memang selalu drive..

Aku pon senyum sambil baca SMS dia tu... Walaupon dia tak citer psl senggugut dia dulu tu, tapi aku rasa tak perlu dah aku tanya lagi, sebab seingat aku, sejak dia pakai Corset P.Beautiful ni, belom pernah lg aku dgr dia sebut perkataan senggugut. Aku pon buat kesimpulan, masalah senggugut dia dah hilang dan dia sangat berpuas hati dengan produk Premium Beautiful tu. Walaupon harga 1 set RM2000 lebih. Dia bayar cash tu!

Aku tumpang puas hati & gembira... Walaupon aku bukan seorang Doktor, apatah lagi pakar sakit puan, tapi boleh jugak bantu selesaikan masalah dia ni. Hanya dgn mencadangkan dia pakai Corset Premium Beautiful. Alhamdulillah...

Bagi aku, tak hairan la kenapa dalam banyak2 Corset yang ada di pasaran harini, macam2 syarikat jual.. Tapi Corset Premium Beautiful merupakan satu2nya Corset yg mendapat anugerah "SUPER BRAND" !!

Kita pon tahu.. bukan senang2 nak dapat Award SUPER BRAND tuu.. Bukan bleh balun cop2 camtu jee.. bukan bleh main tulis camtu je..

Produk hendaklah berada di pasaran melebihi 1 tahun dan mempunyai lebih 1000 orang pengguna tanpa komen / feedback yg negatif dalam masa yg sama mendapat positif testimoni dari pengguna.

Bila banyak Corset bermacam2 jenama dijual di pasaran, harga juga berbeza. Yang pasti, masing2 akan mendakwa jenama mereka juga bagus. Teknik memainkan harga akan jadi marketing strategi terbaik sesetengah syarikat yg bersaing. Sesuai dgn citarasa kebanyakan orang kita yg lebih berminat cakap pasal harga daripada menilai qualiti masa nak beli sesuatu barangan.

Situasinya begini:
Syarikat A jual corset. Syarikat H juga jual corset di pasaran yg sama.
Syarikat A mendakwa Corset mereka yg terbaik.
Syarikat H takkan kata Corset yg mereka jual tak elok.

Bagi aku, dlm situasi begini, lebih adil aku dapatkan pandangan dari pihak lain yg tiada kaitan dgn kedua2 syarikat ni.
Dipendekkan cerita, Corset yang menerima award "SUPER BRAND" adalah pilihan terbaik.
Corset yg aku maksudkan sudah tentu Premium Beautiful.
Kerana setakat ni, P.Beautiful sahaja Corset yg dpt SUPER BRAND.
Tambah pula, Corset Premium Beautiful mempunyai Jaminan Seumur Hidup!

Setakat ni dah lebih 5 tahun P.Beautiful berada di pasaran, takde lagi la aku dgr orang yg memakai komplen tak elok. Semua yg aku jumpa dgn bangga citer Corset Premium Beautiful memang bagus. Yang belum pakai pon ramai yg cakap P.Beautiful bagus. Tapi tak cukup duit lagi nak beli.

Nampak di sini, betapa bermanafaatnya Sistem 369 yg Group 369 amalkan. Kerana kami memberi kemudahan bayaran ansuran kepada mereka yg memerlukan tapi tak mampu beli cash! Ansuran pula tanpa faedah. Kalo harga RM2200 1 set, tempoh bayar berapa bulan pon tetap pada harga yg sama. (RM200 x 11 bulan = RM2200) Tak mampu RM200 sebulan, bayar RM100 sebulan.

erkk..! agak panjang jugak aku membebel eh...
takpe, sekadar berkongsi maklumat.
[25 OCT 2008 - Sabtu malam Ahad]

Tuesday, October 14, 2008

Dari CDM Madon untuk DSM, DDM & CDM

Penggulungan malam ni macam biasa la.. Sifu besar kita CDM Abg Madon mengambil tanggungjawab sebagai leader Group 369.

Mengulang makluman DDM Puan Hani adalah Penerbit rancangan Selamat Pagi Malaysia RTM yg menjadi MC malam ini.

DDM & CDM = ZONE SELESA

DSM = ZONE UJIAN & TITIAN KE ZONE SELESA
* Perasaan risau terhadap perjalanan bisnes adalah suatu petanda baik.
> Menunjukkan keperihatinan terhadap bisnes.

DSM perlu kuat, jangan berhenti. Ini adalah peringkat yang paling mencabar. Anda sudah berada di batasan akhir untuk sampai ke zone selesa.
> Jangan takut downline laju/cepat dalam bisnes mereka, walaupon downline tersebut akan potong pangkat kita.

Perkongsian Ilmu & Pengalaman

CDM Azizul [Jelmaan CDM Madon]
* Sentiasa biasakan / tabiatkan diri buat sponsoring selalu.
* Sponsoring bukan bertujuan nak suruh orang join bisnes kita semata2. Tapi merupakan latihan bagi kita dalam proses memantapkan ilmu yg dipelajari.

DDM Rizwan
[Membangunkan ramai usahawan dari pekerja swasta yang berjaya]
* Langkah dari SM ke DSM.
- Tapi tak semestinya setiap orang akan bermula dari SM. Mungkin D1,2..D6..
* Bagi SM => Jangan abaikan set produk yg dimiliki.
> Kesemua produk berkualiti merupakan aset untuk kita cairkan.
> Lakukan jualan, dlm masa yg sama akan jumpa byk peluang sponsor.
* Untuk sponsoring, jangan sekali2 mewajibkan hanya untuk prospek yg mampu beli 10 set.
> Buka peluang kepada siapa saja yg MAHU. Bergantung kemampuan. Walaupon pada mereka yg hanya mampu beli 1 produk.
* Yang penting, beri kefahaman yg jelas tentang bagaimana proses kenaikan pangkat dan pembahagian bonus.
> Fokus pada berapa produk yg mampu dijual bagi mencukupi PV untuk kenaikan pangkat sekaligus menambah % keuntungan.
> Jangan hanya fokus pada 'berapa orang' yg join. Kita berniaga barang, bukan orang!

BANTU RAKAN / KENALAN MEMBUAT TARGET (CIPTA IMPIAN)
- Timbulkan rasa minat & cintakan majlis2 ilmu yg diadakan.

Mungkin kita letih dalam usaha kita mencapai matlamat dan impian. Namun jangan kita lupa, setiap penat letih kita dibayar. Kita menjalankan misi yg besar. Walaupon kelihatan lekeh!
- Buang pengaruh bisnes MLM lama dari fikiran. Bisnes kita di Hai-O bukan bersifat bermusim.

> Tugas usahawan Hai-O adalah menyampaikan maklumat yg diterima kepada semua orang.. Walaupon orang yg pernah menerima maklumat yg sama dari orang lain. Kerana penyampaian setiap orang adalah berbeza walaupon tentang benda yg sama.

> Apa sahaja yg berlaku atas diri kita dari tindakan / pilihan kita adalah dari kita sendiri. Kerana itu kita dikira akil baligh!

DISANA terdapat trek usahawan : Anda yg berjaya melayakkan diri sebagai Pengurus Jualan [SM].
Dari sini barulah anda dikira bermula sebagai usahawan. Bukan lagi pengedar biasa.

Jangan hadkan potensi diri.

Setengah yang menjalankan perniagaan ini berasa selesa bila mula mendapat pendapatan bulanan sekitar RM10k sebulan.

Mengapa begitu..??
Sedangkan potensi pendapatan dalam dunia perniagaan tidak pernah terhad kerana tiada siapa yg boleh tetapkan berapa pendapatan bulanan kita seperti kerja makan gaji.
- Teruskan usaha..
Contohilah CDM2 kita yang mencapai pendapatan melebihi RM200k++ sebulan.. Perhatikan mereka.. masih lagi mewajibkan diri hadir ke kelas2 ilmu setiap minggu.

Friday, June 6, 2008

Income mesti naik

Harga petrol naik.
Harga barang keperluan ikut naik.
Kos hidup meningkat.

Ini perkara biasa, samada kita bincangkan ataupon tidak, ia tetap berlaku.
Kos hidup memang akan terus meningkat dari masa ke semasa.

Yang sepatutnya menjadi persoalan dan fokus untuk dibincangkan ialah;
GAJI TAK NAIK. PENDAPATAN DITAHAP SAMA.

Jika seluruh rakyat memberi tekanan kepada kerajaan supaya harga minyak diturunkan. Rasanya, lebih baik ditukar kepada "Semua rakyat gesa kerajaan naikkan gaji pekerja"
Tapi, itu pon bergantung kepada yang punya kuasa dibidang tu.

So, apa yg patut kita buat?
Berhenti makan nasi, tukar makan ubi..??
Jangan naik kereta, tukar naik basikal..??

Kenapa perlu korbankan semua itu.
Sedangkan dalam masa yg sama ada golongan yg masih mampu hidup seperti biasa.
Malah masih mampu membeli-belah serta melancong kesana-sini.

Mereka mampu kerana pendapatan mereka mengatasi tekanan ekonomi yg melanda negara.
Bagaimana dengan kita? Apa bezanya kita dengan mereka ini?

Dipendekkan cerita..
Daripada terus merungut itu mahal, ini mahal..
lebih baik kita ambil langkah bijak dengan menambah pendapatan kita.

Hai-O dengan bimbingan group 369 terbukti telah melahirkan ramai usahawan yang berjaya.
Usahawan yang bebas dari masalah kewangan.
Mampu hidup selesa dalam suasana kos hidup makin meningkat.
Buang ego, tabahkan hati, tanam azam dan impian ingin berjaya.
Bersama2 kita tingkatkan ekonomi keluarga.
Landasan yg luas dah diberi. Terimalah dengan hati terbuka.

Bila semua ingin berubah,
pendapatan melebihi tekanan kewangan,
tidak timbul lagi masalah bila harga barang naik.

Tuesday, May 27, 2008

Menjaga 369

3 Step
6 Downline dibina dan jaga supaya bisnes stabil
9 Generasi sebagai tunjang menjadi CDM yang perfect

SERVICE

1- Jaga downline dan pelanggan.
2- Jangan sekali2 burukkan orang lain (MLM lain)
3- Repeat. Lakukan / amalkan ilmu yg diperolehi berulang kali.

MENJAGA KESTABILAN BISNES

1- Sentiasa buat postmoterm. (sekurang2nya sebulan sekali)
- Tengok balik bagaimana kerja kita bulan lepas.
2- Disiplin dalam perniagaan.
3- Jangan bergantung pada downline.
- Kita sebenarnya tempat downline bergantung.
- Hidupkan downline. - Cari & lahirkan idea untuk mereka berkembang.
- Elakkan mengeluarkan kata-kata yg menyakiti hati downline. - Sabar.
- Jangan memperkecilkan kemampuan downline. - Beri semangat.
- Bantu / beri lebih tumpuan pada downline yg MAHU.

HALAL & HARAM

1- Menjauhi unsur2 penipuan dalam urusan perniagaan.
2- Berterus-terang supaya kefahaman diterima secara menyeluruh.
3- Sumbangkan / belanjakan hasil pendapatan pada tempat yg betul.

LONGTERM BISNES

1- Jangan sekali2 berjanji perkara yg tak pasti mampu kita lakukan.
2- Bina identiti sebagai usahawan.
- Bila orang tengok kita, orang tau kita seorang usahawan perniagaan.
3- Jangan takut membina impian yang besar.
4- Jangan ubah impian yang telah dilakar.
- Lebih baik tambah mpian daripada membuang atau mengubah impian.
5- Tunjuk / bimbing downline teknik sponsor yg betul dan baik.
- Bersungguh2 membantu downline.
- Downline kita hebat bisnes kita kukuh.

Sunday, May 25, 2008

Doa dengan Kesungguhan

Dalam setiap gerak kerja yang dilakukan semestinya disertai harapan dan matlamat tertentu.

Dalam mencapai matlamat, doa amat perlu, sebagai bukti kebergantungan kita hanya pada Yang Maha Pemberi.


Oleh itu, doa dan permintaan kita mestilah JELAS disebut dalam doa.


Tunjukkan kesungguhan dalam berdoa. Yaitu kesungguhan dalam berusaha, kerana usaha merupakan 'penyebab' doa dimakbul.

Yakinlah dengan saranan RasuluLlah supaya berniaga, kerana berniaga merupakan 9/10 sumber rezeki datang daripada perniagaan.
Terutamanya bagi mereka yg tinggal di Kta Metropolitan K.Lumpur ini. Hidup mesti kreatif.
(CDM Azizul)

Setiap orang mesti bermula dari step satu sebelum terus berlari terus ke peringkat @ step seterusnya.
- Jangan terus bermula mencari downline dulu sebelum join dan kononnya akan join sama2 nanti.
- Bagaimana kita menyuruh dan meyakinkan seseorang terhadap satu perkara sedangkan kita sendiri tidak melakukannya.?
- Perkara akan datang bukan kita yang tentukan. Namun kita mempunyai panduan jalan usaha kearah yg dituju. Ikut saja panduan yg diberi. Kalo betol ikut,mesti tak sesat.
- "Bagaimana nak dapat anak kalo tak berani nak kawin..? Kawin dulu baru tau"... tak caya? tanya la orang yg dah kawin!
(DDM Ustazah)

"Nak cepat kembangkan bisnes mesti sentiasa dengan downline. Bukan rapat dengan upline saja."
- Rapat dengan upline saja = Sorang je.
- Dekat dengan downline = Ramai.
Besar manafaatnya.
(CDM Zuraini)

"Dalam bisnes, jangan buat masalah. Tuga kita ialah SELESAIKAN MASALAH."
"Bisnes ini bukan bersifat touch & go. Malah bersifat jangka panjang."
- Mulakan berkongsi peluang ini bersama mereka yg dekat di sekeliling kita terlebih dahulu. - Mudah kita nak pantau.

- Buat penerangan A-Z. walau macamana pon. Jangan sekerat2 or berselindung.
- "Ingat..! Setiap orang/ downline kita adalah bakal jutawan. Bukan hanya bernilai RM20,000 sahaja.."
(CDM Syikin)

Friday, April 18, 2008

RM23k = 10 BULAN

BAGI YG JOIN & BUAT BISNES NI IKUT SYSTEM369:

Loan 23k bayar dalam 10thn...?
Gimik je lebih tuu...
Tak sampai '10 bulan' dah bleh settle.

Yer la..
1.Join je terus dpt bonus RM4700 or RM3000. = cover 10 ke 15 bulan. (300 = 1 bln)
2.Bio Aura Water System ada 10 set bleh jual.
Atau..
Premium Beautiful ada 12 set bleh jual.
(Produk tak expired & tak susut nilai.)

Kalo sebulan jual 1 set je..
10 bulan dah dpt 21k - 23k.
10 bulan dah bleh selesai loan 10 tahun tu!!

Blom campur bonus bila dapat downline lagi.
10 bulan koman2 dapat 4 orang pon dah dpt bonus ribu2..

Betol tak?
Boleh tak?
Aku boleh!!

Cuma bagi org tau apa kita ada & apa kita buat.

**Ini kira2.. congak2 org yg join dan betol2 buat ikut sistem la. Kira2 otak bisnes..

Tapi bagi yg join pastu mula2 je hangat2 taik ayam..
malu tak bertempat..
mulut berat nak bagi tau orang..
Tapi nak tunggu je duit dtg sendri..
Itu macam kalo hidup 100 tahun pon blom tentu dapat kumpul 23k..

Kalo nak join, mesti kena buat!
Kalo nak main2, sendri yg berat!

Lu pikir la sendiri...

Thursday, April 17, 2008

SUNAH BERNIAGA

9/10 punca rezeki itu adalah dari perniagaan.
-Bagaimana kita memahami tulisan diatas?

Mari kita fikirkan sedikit coretan ringkas dari aku berkenaan perniagaan dan hubungkaitnya dengan kehidupan kita hari ini. Mana tau ada manafaatnya untuk direnungkan....

Semua maklum yg RasuluLlah juga pernah BERNIAGA. Baginda dikenali sebagai seorang yg amanah dan hebat dalam perniagaan.

Baginda pernah berniaga hingga ke Syam bersama bapa saudaranya dan menjalinkan jaringan perniagaan dengan masyarakat Yahudi disana.

RasuluLlah tidak terus bermula dengan perniagaannya sendiri, bahkan pernah berniaga untuk seorang 'Tokey' wanita yg bernama Siti Khadijah. Juga pernah menjaga amanah perniagaan milik saudagar Yahudi sehingga saudagar tersebut kagum dengan sifat baginda.

Dizaman jahiliyah, cukup masyhur dengan penindasan keatas kaum wanita yg dianggap membawa sial bagi masyarakat arab, sehingga Sayyidina Umar sendiri pernah membunuh anak perempuannya ketika itu.

Namun Siti Khadijah, seorang wanita yg hidup ditengah2 masyarakat Jahiliyah telah dipandang tinggi dan disegani. Ternyata beliau adalah seorang ahli perniagaan yg mempunyai rangkaian (networking) yg luas diseluruh tanah arab.

(bagaimana wanita kita harini?)

Abdulrahman bin Auf, nama yg tidak asing dikalangan penggiat ekonomi dan perdagangan Islam dan bukan Islam.. Memiliki strategi perniagaan yg sering dicemburui golongan bukan islam.. Dermawan yg banyak menginfakkan hartanya kejalan Allah.

(kalau hidup cukup2 makan je camne nak infak/sedekah?)

Namun harini kita tengok.. pemikiran umat islam telah diputar dan disalahfahamkan pandangannya terhadap perniagaan.. akhirnya mereka sangat takut untuk berniaga. Keadaan ini telah digunakan sebaiknya oleh golongan bukan Islam.

Moral of this story:
- Berniaga adalah satu sunnah.
- Jujur dan Amanah antara kunci kejayaan.
- Tak salah berurusniaga dgn bukan Islam.
- Wanita juga hebat dalam dunia perniagaan.
- Kalau dah kaya jgn lupa diri. Sedekah.
- Kongsi peluang perniagaan dengan semua orang.

Monday, April 14, 2008

HUTANG

Apa pendapat anda kalau aku katakan kebanyakan rakyat Malaysia khususnya graduan pusat pengajian tinggi yang bekerja makan gaji adalah orang yang muflis secara tak sedar?

Aku berkata begitu kerana beberapa perkara yang boleh kita fikirkan bersama.

Sudah menjadi kebiasaan secara paksa bagi pelajar yang ingin melanjtkan pelajaran ke pringkat tinggi lepas sekolah mesti buat pinjaman pelajaran.

Samada diperingkat diploma ataupon ijazah, pelajar terpaksa berhutang lebih kurang RM15 ribu hingga RM40 ribu dan keatas sebagai pembiayaan pengajian dengan harapan mendapat pekerjaan yang selesa dan bergaji tinggi.

Dari sini kita boleh membahagikan mereka kepada 2 golongan yang berbeza tapi akan melakukan perkara yang sama;
1. Mereka yg terus dapat kerja lepas grad IPT.
2. Mereka yg tak dapat kerja walaupon mempunyai sijil University hebat.
=> kedua2nya tetap perlu membayar hutang pengajian dulu.

Bagaimana pula sekiranya mereka perlukan kenderaan? Rumah? dan sebagainya?

Menjadi kebiasaan dan tak nampak janggal sekiranya mereka membeli kereta,rumah dll secara hutang. Pastinya hutang2 ini perlu dibayar, caranya tentulah dengan potongan gaji.

Secara ringkas dari apa yg sempat aku tulis disini, menunjukkan gaji atau pendapatan mereka adalah belom lagi milik mereka secara bebas selagi belom selesaikan hutang2 tersebut. Gaji untuk bulan ini dan seterusnya adalah milik bank yg memberi pinjaman seawal memulakan pengajian dulu lagi.

Untuk mudahkan lagi saya bawakan contoh:

Diandaikan pelajar degree, buat pinjaman lebih kurang RM35 ribu.
Grad dan dapat kerja dengan gaji RM1500 sebulan.
Perlukan kereta, amek la waja baru dlm RM75k.
Buat loan 9 tahun, bayar muka RM2000. Bayar bulanan RM700 x 9 thn = RM76000.

RM76000 + RM35000 = RM111000.

Gaji RM1500 x 12 = RM18000 setahun.
Kerja 6 tahun 2 bulan = RM111000.
= Gaji kerja 6 tahun 2 bulan sebenarnya bank punya.
= Muflis cara kehormat.

Itu contoh kalau tak usik langsung duit gaji & bayar hutang 100%.
Belom lagi buat loan nak beli rumah.
Belom lagi kira personal loan nak kawin atau tukar sport rim kereta.
Memang hakikatnya muflis.. tapi muflis mulia dan bergaya.

Namun perkara ni normal bagi orang kita.
Bila semua orang buat camtu, ia akan dianggap normal.
Kerana mereka merasakan tidak ada jalan/cara lain untuk memenuhi tuntutan keperluan hidup hari ini.. memang 'terpaksa' buat loan.
Walaupon terpaksa menanggung hutan dan riba.. diulangi, terpaksa...

Kalo nak kumpul dulu duit gaji sampai cukup utk beli kereta atau rumah, entah bila la bleh merasa gi keje naik kereta. Banyak la urusan harian yg terbantut.

Sebenarnya ada jalan penyelesaian.
Bagai mana mengelak diri daripada terus berhutang dari belajar hingga kerja dan seterusnya.. mungkin sampai tahap mewariskan hutang pada sedara atau anak2 yg memang dah ada hutang sendiri.

Kami ada jalan penyelesaiannya.
Anda tak perlu berhutang dan menanggung hutang berterusan disebabkan ketiadaan duit.

Dengan jalan dan sistem yg kami perkenalkan ini, anda mungkin akan buat loan lagi.. tapi dalam keadaan yg berbeza;
dulu buat loan rumah or kereta kerana takde duit...
Lepas ikut sistem ni, buat loan rumah or kereta sebab nak kecikkan income-tax.. sedangkan wang simpanan cukup untuk beli apa saja secara tunai atau lumsum!!


Kesimpulannya, terdapat 2 golongan juga orang yg buat loan ni..
1. Loan & takde duit.
2. Loan & ada duit.

Bagaimana caranya?
Ikut lah sistem 369.
Kami akan tunjuk bagaimana caranya..
Yang penting anda betol2 mahu.
Kalo nak cuba2 naib.. lupakanlah niat suci ada tu.

Thursday, March 27, 2008

Lepas Setahun

APA KEMUNGKINAN PERUBAHAN AKAN DILIHAT SETAHUN AKAN DATANG JIKA…

Saya menjalankan perniagaan ini dan terus bekerja seperti biasa:

1. Saya kena buat loan RM23000.
2
. Saya akan beli 10 set penapis air Bio Aura : RM20800 (terus dapat bonus RM4700)
3. Saya akan berkongsi dengan sekurang2nya 4 rakan kongsi.
4
. Saya memiliki 10 set Bio Aura yg boleh saya jual.
5. Saya mempunyai peluang untuk tambah pendapatan.
6. Saya perlukan tempoh setahun untuk lakukan 4 perkara di atas.
7. Akan dapat RM14200 + RM20800 = RM35000 => 1 tahun.
8. Saya kena bayar loan sebulan RM300 X 12 bulan = RM3600.
9. Saya mempunyai tunai RM31400 (RM35000 – RM3600)
10. Purata sebulan : RM31400 / 12 bulan = RM2615 sebulan.
11. Jika bayar semua loan : RM35000 – RM24000 = RM11000.
12. Saya mampu menyimpan sekurang2nya RM11000 bersih.
13. Sebenarnya saya boleh lakukan semua ini kurang setahun.
14. Berpeluang dapatkan apa yang saya impikan tanpa hutang.
15. Saya yakin, setahun lagi ada perubahan yang baik.
**perkara 1 – 4 diatas diandaikan bagi anda yang hanya mampu lakukannya
dalam masa 12 bulan – masih dapat RM11000 bersih
(anda mungkin mampu lakukan lebih cepat lagi)

Saya tolak peluang ini dan teruskan pekerjaan sekarang sahaja :
1. Saya cuma terus buat dan dapat apa yang saya buat sekarang.
2. Saya tak perlu buat loan RM23000 untuk berniaga.
3. Saya tak perlu dapatkan 10 set penapis air Bio Aura.
4. Saya dapat gaji tetap bulanan macam biasa.
5. Saya tak perlu kongsi peluang niaga dengan kawan2 saya.
6. Saya takperlu jual 10 set Bio Aura.
7. Saya mungkin bernasib baik dinaikkan gaji tahun depan.
8. Daripada bayar loan RM300. Baik saya simpan RM300 X 12 bulan = RM3600 setahun.
9. Tahun lepas saya telah menabung sebanyak RM???
10. Kemudahan pinjaman pribadi boleh guna untuk perkara lain.
11. Saya ada kerja dan gaji tetap. Saya akan terus hidup.
12. Saya boleh bekerja dengan tekun tanpa pekerjaan sampingan.
13. Saya boleh simpan duit sendiri untuk pergi melancong.
14. Boleh buat pinjaman untuk dapatkan apa yg saya impikan.
15. Tak perlu fikirkan perubahan setahun akan datang.

Fikir dulu

Saya perlu masa untuk fikirkan..

1. Benarkah syarikat ini wujud?
- Syarikat tempatan:
- Hai-O Marketing Sdn Bhd
- (242478-M) (AJL93033)
- Tingkat 3, Wisma Hai-O.
- Lot 11995, Batu 2. Jln Kapar.
- 41400, Klang. Selangor D.E

2. Kukuh ke syarikat untuk bayar bonus besar?
- Syarikat tempatan yang beroperasi lebih 15 tahun.
- Satu2nya syarikat MLM tempatan yg tersenarai di Bursa Saham Malaysia.

3.Mahalnya.. elok ke penapis Bio Aura ni ?
- Pengesahan & pengiktirafan SuperBrands ,NSF, SIRIM, ISO, SGS, dll.
- Harga setara dengan harga produk penapis air berteknologi kini lain yg ada dipasaran.
Bahkan lebih rendah.
- 10 set ini adalah milik saya. Ini cagaran modal saya la.

4.Tak minat berniaga MLM.
- Saya kerja sekarang kerana minat atau kerana duit/gaji?
- Saya rajin atau malas, gaji saya tetap sama. Minat?
- Walaupon tak minat, jika dilakukan saya akan
dapat duit yang banyak.
- Apa peluang lain yang lebih mudah caranya untuk saya menambah lagi pendapatan sebegini?

5. Saya bekerja, tak ada masa nak jumpa orang.
- Sekarang pon saya selalu berjumpa kawan2 dan berbual tentang bermacam2 perkara diwaktu kosong.
- Boleh dilakukan bila2 masa sahaja. Bebas tentukan waktu kerja.
- Ramai kawan saya yang ingin menambah pendapatan.

6.Malu / tak pandai buat penerangan.
- Upline boleh memberi penerangan pada kawan saya.
- Saya hanya atur perjumpaan prospek & upline saya.
- Saya mesti sampaikan perkara yang baik pada yg lain.

7. Modal besar sangat.
- Tapi pakai duit bank. Bukan sentuh duit simpanan saya.
- Kalau tak buat loan untuk bisnes ini, saya tetap akan gunakan kemudahan pinjaman saya untuk tujuan lain.
- Pinjaman untuk perniagaan : Tidak mengecilkan pendapatan bulanan. Lagipon, kuasa beli saya makin besar.
- Paling lambat, dalam setahun saya mampu selesaikan RM24000 pinjaman dan menabung RM11000.

8. Ramai yang gagal berniaga MLM. (bandingkan)
- Kerana itu kita bermula sebagai Pengurus Jualan. Bukan penjual, pengedar atau penjaja.
- 4 orang rakan kongsi memadai. Tidak ramai.
- Jual 10 produk seumur hidup pon sudah cukup.
- Saya akan dapat sekurang2nya RM35,000.

9. Dah cukup apa yang saya ada sekarang.
- Fikir lagi sekali, benarkah cukup berpuas hati?
- Bagaimana dengan impian diri, keluarga dan orang tua?
- Sebenarnya saya ada impian untuk lihat keluarga saya lebih selesa dari sekarang.

10. Menganiaya orang bawah.
- Step 2: Saya dapat RM2000, 2 rakan kongsi dapat RM4700.
- Setiap orang dapat sama macam pernah kita dapat.
- Sebenarnya memberi peluang orang lain dapat duit banyak.
- Siapa rajin usaha lebih, dia dapat lebih dari orang atas.


11. Kayakan orang atas semata2..
- Saya kerja sekarang kayakan siapa erm?
- Ikut sistem 369, saya usaha saya dapat, kawan saya pon dapat!

Thursday, March 20, 2008

3 bulan = RM14200

1) Dapatkan 10 set Penapis Air Bio Aura.
==> Dapat tunai RM4700.
==> Penapis Air jadi hak milik anda. Nak jual pon boleh.

2) Buka peluang pada 2 rakan yang inginkan wang segera seperti anda dapat.
==> Dapat lagi tunai RM2000.
==> 2 rakan anda pon dapat RM4700 + 10 set Bio Aura macam anda.

3) Rakan anda tadi buka peluang pada 2 rakan mereka.
Manakala anda buka peluang pada 2 rakan anda yang lain.
==> Dapat tunai RM7500.
==> 2 rakan pertama anda dapat RM2000.
==> 2 rakan kedua anda dapat RM4700 + 10 set Bio Aura.
==> 4 rakan kepada 2 rakan pertama anda tadi dapat RM4700 + Bio Aura.

Pendapatan keseluruhan anda untuk 3 step pertama ini ialah = RM14200.
Anda yang tentukan tempoh untuk lakukan 3 step ini.

Pendapatan 2 rakan anda yang pertama = RM7200.
Pendapatan 2 rakan kedua = RM4700.

Kini anda mempunyai 4 orang rakan kongsi.
Bantulah 4 rakan anda ini supaya anda berlima terus maju.
Setiap orang hanya jalankan 3 step pertama.
Anda hanya perlukan 4 rakan kongsi sahaja!

Step seterusnya akan berjalan secara automatik apabila anda berlima menjalankan 3 step pertama.
Pendapatan anda akan meningkat dari RM14,200 ke RM30,000 seterusnya RM50,000 keatas sebulan, dan seterusnya...

Bagaimana boleh berjalan secara automatik?
Berapa pendapatan seterusnya?
Takkan mudah sangat nak dapat RM14200??
Hubungi saya : 0172390166.

Wednesday, February 6, 2008

3 step naik Pangkat

Pencapaian pangkat & bonus mengikut 3 langkah pertama sistem 369 Hai-O ialah seperti berikut :
· Langkah 1 : Sale Manager SM (20,000PV) = keuntungan 21%.
ð Dapat10 set Bio Aura.
ð Terus dapat Bonus RM4700.


· Langkah 2 : Senior Sale Manager SSM (60,000PV) = keuntungan 26%.
ð 2 rakan niaga.
ð Bonus RM2000.


· Langkah 3 : Diamond Sale Manager DSM (180,000PV) = keuntungan 31%.
ð 4 rakan niaga.
ð Bonus RM7500.


· Bonus bagi 3 langkah pertama.
ð RM14200

ð + 10 set Bio Aura Hi-tech Water System.

(ni baru citer bonus plan jaringan)
ð RM14200 diperolehi sebelum menjual satu barang pon.

Group & Sistem 369

Kumpulan 369.
- Diasaskan oleh CDM Madon bin Buyong yang juga pencipta system 369.
- 53 dari 80 orang jutawan Hai-O adalah dari group 369.


Sistem 369.
- Tidak bermula sebagai Pengedar atau Penjual.
- Melahirkan usahawan professional sebagai Pengurus Jualan (Sale Manager – SM)
- Sistem yang mudah,ringkas,padat dan berkesan untuk mencapai pendapatan lumayan.
- Konsep “Work Smart”. Berbaloi dengan usaha yang dilakukan.
- Modal RM21000 hanya sekali pada permulaan.
- Kemudahan pinjaman untuk modal. Bukan duit poket atau simpanan sendiri.
- Pinjaman sehingga RM23000 = RM300/bulan x 10 tahun.
- Bonus pertama sehingga RM4700 sebagai jaminan & tempoh bertenang selama 18 bulan. (penyelesaian risiko)


ð Potongan bermula 3 bulan dari tarikh lulus pinjaman.
ð RM4700 – (RM300 x 15 bulan = RM4500) = RM200.
ð :- 3 bulan + 15 bulan = 18 bulan.


- 18 bulan adalah tempoh selesa untuk mengukuhkan perniagaan yang dibina.
- Perniagaan dianggap kukuh sekiranya mempunyai 6 orang rakan niaga.
- Namun dengan mengikuti 3 langkah pertama sistem 369, perniagaan yang dibina mampu berada ditahap selesa dalam masa 3 bulan sahaja.

-Pendapatan bagi pencapaian 3 langkah pertama dalam tempoh 3 bulan ialah RM14200. (tidak termasuk aset bernilai RM20800)

Pilih MLM yang betol

Perniagaan berkonsep Multi Level Marketing (MLM)

ð Perkara penting dalam perniagaan MLM :

- Pastikan syarikat yang bakal disertai kukuh (mampu membayar bonus)
- Sertai kumpulan yang betul dan mempunyai strategi mudah & berkesan.
- Kesungguhan dan Usaha yang berterusan.

ð Kenapa perlu berniaga?


- Sebagai kerjaya utama.
- Menambah pendapatan sampingan.
- Mengubah kehidupan kepada yang lebih selesa.
- Mencapai impian.
- Membangun ekonomi ummah.

Penerangan Peluang Dengan Sistem 369

Panduan ketika memberi penerangan peluang perniagaan sistem 369 Hai-O.

Persiapan diri sebelum berjumpa prospek.
- Pasang niat, ikhlas ingin berkongsi peluang baik yang kita tahu.
- Buang segala sikap mendesak, tamak dan pentingkan diri sendiri.
- Berdoa supaya dipermudahkan segala urusan dengan petunjuk dari Allah.
- Penampilan diri hendaklah sentiasa bersih dan kemas.
- Pastikan kita menepati masa.


Ketika berjumpa prospek.
- Bersalam dan memperkenalkan diri secara ringkas.
- Jelaskan yang kita sedang menjalankan perniagaan sendiri.
- Bernaung dibawah syarikat Hai-O Marketing.
- Tunjuk kad Ahli.
- Jelaskan tujuan sebenar perjumpaan untuk berkongsi satu peluang yang kita tahu.


Perkenalkan latar belakang syarikat.
- Hai-O Marketing SDN BHD (1992 = 15 tahun)
- Anak syarikat Hai-O Enterprise BHD. (32 tahun)
- Tersenarai di papan utama Bursa Malaysia.
- Tingkat 3, Wisma Hai-O. Jln Kapar Klang. (bangunan sendiri)
- Anugerah :

· Best Under A Billion dari Forbest Asia – 2007.
· Sumbangan Kearah Melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera dari Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi –2007. Disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia. Pak Lah.

- Syarikat kukuh, berpengalaman, berwibawa dan diiktiraf.
Tugas yang perlu dilaksanakan setelah menjadi ahli Hai-O Group 369.

Fahami system 369 sebaik mungkin.
Sebarkan kefahaman kepada orang lain untuk berkongsi peluang yang kita tahu.
Berkongsi pandangan terhadap system yang telah disampaikan.
Senaraikan masalah yang timbul dan selesaikan bersama dengan baik.
Beri peluang orang lain bersama menjalankan system 369.


Gunakan konsep “Lima S” dalam setiap penyampaian.

Setuju : Menerima pendapat orang lain.
Soal : Adakah kita mempunyai pilihan lain sekiranya menolak peluang ini.
Sedarkan : Jelaskan kelebihan system 369 dalam membantu menjana pendapatan.
Senang Hati : Kita hanya sampaikan peluang baik kepada yang memerlukan sahaja.
Selesai : Terus bagi borang ahli jika berminat. Pastikan persahabatan terjalin walaupon tak masuk.


Apakah antara masalah utama dalam kehidupan kita?

Setiap kita secara fitrahnya mempunyai impian dan keperluan masing-masing.
- Kemampuan yang terbatas sering menjadi penghalang.
- Akhirnya kita takut untuk memiliki dan mencipta impian.
- Kemampuan kita sering diukur dengan berapa banyak harta yang kita ada.

Sekiranya ada peluang untuk mengatasi halangan tersebut, sudikah kita mengambil peluang itu?
- Namun setiap peluang yang baik pasti ada syarat untuk mendapatkannya.
- Sudikah kita mengetahui syaratnya?


Terdapat 3 syarat bagi peluang ini.
- Keinginan yang mendalam.
- Kesanggupan diri sendiri.
- Berusaha untuk diri sendiri.

Ingatlah saranan Rasulullah saw; “9/10 sumber rezeki adalah melalui perniagaan”
- Apakah perniagaan yang sesuai dengan kemampuan kita?
- Pastikan perniagaan yang dibuat memberi pulangan yang berbaloi dengan usaha kita.


Peluang perniagaan yang dibuka oleh Hai-O Marketing perlu diambil kerana :
- Melalui system 369, semua orang mampu menjalankan perniagaan ini.
- Pastikan kita faham dengan system 369.
- Nyatakan setiap masalah berkaitan system atau syarikat jika ada.
- Selesaikan setiap masalah berkaitan system.


Buat keputusan yang rasional.

- Keputusan mestilah berdasakan system. Bukan kerana pengaruh orang.
- Orang hanya sebagai alat penyampai & pemberi penerangan berkenaan system.
- Pastikan perkongsian ini sebagai wadah persahabatan yang berkekalan.

Wednesday, January 23, 2008

Perah otak cari jalan.

Apakah maksud "Dunia akhir zaman makin kecil"?
Perniagaan berkonsepkan multilevel (MLM) memang telah byk terbukti melahirkan usahawan berjaya mencapai kejayaan tinggi.
Namun daripada banyak yg berjaya itu lebih banyak lagi yang kecundang, itulah kenyataannya.
Apa yg membezakan antara yg berjaya dengan yg gagal dalam dunia multilevel ini perlulah dikaji bersama.

Jika dilihat, antara sebabnya ialah kerana sikap kita sendiri. Bukan mudah sebenarnya untuk mengubah sikap ni.. contohnya kalo yg memang dah jenis pemalas, ataupon jenis nak cepat je, ataupon tak istiqamah dan cepat bosan.. sepatutnya mencari jalan penyelesaian..

Justeru itu kita lihat dlm plan MLM Hai-O telah dilakukan satu perubahan oleh sekumpulan player atasan dengan mancipta sistem mereka sendiri:
Yaitu dengan menggunakan short-cut terus kepada peringkat tinggi dlm susunan perniagaan berperingkat- Sale Managger (Pengurus Jualan peringkat pertama) dan bukan lagi bermula sebagai jurujual ataupon pengedar seperti yg biasa diamalkan dlm sistem multilevel. Tapi, syaratnya sikap & gerak kerja mestilah amalkan disiplin seorang Managger!

Kerana biasanya ramai yang kecundang bila bermain diperingkat bawahan dan tak sanggup menunggu dengan kerja keras sementara naiksatu peringkat keperingkat seterusnya dalam masa yg sama bonus yg diperolehi tidak berbaloi dengan maintain yg dilakukan setiap bulan.

Keterangan lanjut hubungi : M Zaid - 0172390166
.: 3 step plan 369 :.
Dalam Hai-O marketing, setiap Point Value (PV) yg diperolehi secara pribadi ataupon kumpulan adalah terkumpul dan tidak luput.

Oleh kerana syarat kenaikan pangkat adalah mengikut julah PV yg dikumpul, kenapa tidak terus kita dapatkan PV tersebut dengan tidak perlu menjaja barang terlalu byk serta mencari rakan kongsi terlalu ramai?

Sekiranya perlukan modal yg besar namun ada jalan mendapatkan mendapat pulangan modal dan meraih keuntungan, dimanakah risikonya yg perlu dirungsingkan? Jika tidak, perniagaan bukanlah pilihan terbaik untuk anda.

Bagaimana menggandakan pendapatan?
Cadangan penggunaan kemudahan pinjaman pribadi.
Usah jadikan pinjaman satu beban untuk dibayar balik semata2.
Mungkinkah gaji anda bertambah dengan membuat pinjaman?

Sistem 369 ada cadangan jalan penyelesaian!
Gunakanlah kemudahan pinjaman sebaik mungkin. Jadilah pengguna yang bijak. Ketahuilah disana terdapat ramai mereka yang nampak peluang berniaga namun dihalangi masalah modal sehingga sanggup berhutang dengan 'along'.

Bagaimana dengan anda? Usah bazirkan kemudahan dengan enjoy atau menghabiskan wang pinjaman secara one-way (keluar) sahaja. Akhirnya HANYA mengecilkan gaji bersih bulanan anda.

Perhatikan dan fahami plan cadangan yang kami sediakan. Bagaimana pinjaman peribadi anda boleh meningkatkan lagi pendapatan bulanan anda.

Ubah cara anda menghabiskan pinjaman peribadi anda dengan plan yang lebih bijak dan menguntungkan ini. Sama-sama kita berkongsi manafaat dan kebaikan dari plan ini dengan keluarga dan rakan-rakan kita.

Apa yang menarik dalam perniagaan ini ialah.. Sekiranya anda sedari;
Anda tak perlu keluar modal dari duit poket ataupon tunai.
Gunakan kemudahan pinjaman bank sebanyak RM23000. (10 tahun. RM300/bln)
Tahukah anda betapa sukarnya pengusaha2 dan peniaga2 lain mendapatkan pinjaman?
Namun mengapa mereka sanggup membuat pinjaman untuk memulakan atau memperluaskan perniagaan walaupon terpaksa memenuhi syarat yang ketat serta bayaran balik yang berganda.
Semuanya kerana mereka nampak dan yakin bahawa 9/10 punca rezeki dimuka bumi ini ialah melalui berniaga.

PENGIKTIRAFAN




Company yang kukuh!







Nak kerja pon kena pastikan company yang kukuh supaya pekerja tak teraniaya bila syarikat tak mampu bayar gaji dan akhirnya pekerja di buang tanpa pampasan.

Apatah lagi kalau nak berniaga, sekiranya masih diperingkat awal mencebur diri dalam perniagaan, carilah pengalaman dibawah syarikat yang terbukti kukuh dan boleh bertahan, supaya tidak timbul masalah belakang hari seperti tak cukup bekalan produk, syarikat tak mampu bayar bonus, barangan tak berkualiti, harga tak berpatutan dan lain2.

Dengan bernaung dibawah syarikat yang kukuh dan diiktiraf kerajaan, pasti usaha keras kita berbaloi. Jangan jadi separuh-hamba syarikat dengan bekerja keras namun hasil tak sepatutnya.