Saturday, September 19, 2009

Minal Eid Wal Fa-izi

Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar..
Allahuakbar waliLlahilhamd.

Di 1 syawal yg mulia dan penuh makna ini, aku tanak lepaskan peluang untuk mengucapkan SALAM AIDIL FITRI kepada semua muslimin dan muslimat dimana saja anda berada, khususnya kepada SEMUA USAHAWAN Hai-O Marketing dari Group369 juga dari mana2 group lain termasuk yang beraksi secara solo...
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
Sepuluh jari ku susun lantas ku hulur tanda memohon ampun dan maaf jika ada tutur ku yang menyinggung hati, atau tulisanku yang sukar difahami, semua itu sememangnya
tidaklah disengajakan.
Maaf Zahir & Batin.

Anyway..
aku percaya ramai usahawan Hai-O yang istiqamah dalam perniagaan selama ini kini sedang tersenyum bersama keluarga menyambut hari raya penuh ceria.. almaklumlah, masyukkk...!
Namun perlu di-ingat.. dalam asyik bergembira, jangan lupa yang tiada.. yang kurang bernasib baik.. ringankan tangan hulurkan bantuan sebagai tanda syukur kepada DIA yang memberi.. Teruskan perjuangan, sebarkan, kongsikan berita baik yang kita ada supaya sama-sama dapat kita nikmati kehidupan yang lebih sihat dan selesa.
Okes!!
Demikian saja watikah ucapan dari beta untuk kalian di Aidil Fitri 2009 ini. Semoga bertemu lagi di-lain waktu dengan lebih banyak ilmu dan maklumat berguna untuk sama-sama kita kongsikan..
Akhir-kalam...
jutaan terima kasih kerana sudi singgah ke laman golden6 yang usang ini.. Kunjungan anda sentiasa di-alu-alu-kan.. Datang la selalu yeerrr... Buat macam rumah sendiri.. apa2 yang nampak salah atau tak kena, jangan segan nak tegur..
here u free to publish your idea or opinion.

Sunday, January 11, 2009

HUTANG = KEMUDAHAN ATAU BEBANAN?

Salam...

Agak lama tangguh.
Tak berkesempatan.
Konon bagi masa untuk faham posting lepas MUKADIMAH topik HUTANG ni.

Kalau diperhatikan statistik orang kita yg terlibat dengan HUTANG, memang agak menakutkan!
Hampir 90% orang kita mempunyai HUTANG.
HUTANG atas sebab2 tertentu. Masing2 punya sebab sendiri.

Apa yg aku cuba bincangkan kat sini ialah:

  1. Siapa? Golongan mana biasanya berHUTANG.
  2. HUTANG untuk apa?
  3. Natijah/akibat berHUTANG.
  4. Bagaimana menguruskan HUTANG.
SEMUA PERINGKAT
- Secara spontan kita akan fikir situasi orang yg berHUTANG adalah kerana terpaksa. Terdesak dan takde WANG untuk memenuhi sesuatu keperluan hidup.

- Tapi harini bila kita fikir lagi sikit ke dalam, kita tau rupanya orang yang bukan dalam kesempitan wang pon rupanya ramaiiii yg terlibat dgn HUTANG.

TERMASUK KITA SENDIRI!!

Sebabnya?
**Peluang untuk berHUTANG sangat terbuka luas depan mata.
Normal hidup manusia memang ada KEINGINAN. Cuma timbul masalah bila kita tak mampu memenuhi KEINGINAN tersebut disebabkan kewangan yg terbatas. (pendapatan rendah atau tak mencukupi).

Bayangkan nak beli motor sebuah pon harga dah 4-5 ribu.. Disebabkan ianya keperluan, untuk gi keje contohnya. Mesti kena beli.
Tapi kalo dah gaji RM1300 sebulan, belanja rumah saja pon macam tak cukup. Bila la agaknya bleh beli motor RM4000 tunai??

Tapi masih boleh dimiliki sebab ada kemudahan . Bayar ansur2... potong duit gaji.
Nak tak nak, biar la gaji jadi sikit, KUASA BELI jadi KECIK, kena bayar lebih dari harga asal pon sanggup.

MAKA BERHUTANG LA KITA.
Bagi aku ini adalah satu masalah.

Secara ringkasnya kat sini, apa yg aku bleh KECOHKAN ialah;
Jika kita tergolong dlm orang yang tak berkemampuan memiliki 'KEPERLUAN', apatah lagi KEINGINAN & IMPIAN... Mana yg perlu kita perbetulkan?

1) Perlukah kita memilih untuk BERHUTANG untuk memiliki sebuah motor..?
Kurangkan/korbankan/hadkan perbelanjaan untuk keperluan lain kerana sebahagianya WAJIB diperuntukkan untuk bayar motor bulan?
= Dapat motor, hadkan perbelanjaan lain. (tambah beban)

2) Atau kita memilih untuk melakukan sesuatu yg boleh menambah PENDAPATAN supaya mampu memiliki sebuah motor (walaupon bayar ansur -HUTANG-) dalam masa yang sama tak perlu korbankan sebahagian keperluan yg lain?
= Dapat motor, tapi belanja untuk keperluan lain tetap seperti biasa. (tak membebankan)

Aku lebih tertarik memilih cara ke-dua.
**Tambah pendapatan. Besarkan kuasa beli.
- Motor dapat, keperluan lain tak sangkut.

Harap korang bleh faham apa yg cuba aku sampaikan/jelaskan ni.

Hari ni kita seolah2 tak boleh lepas daripada terlibat dengan HUTANG yg sudah tentu dibayangkan MEMBEBANKAN.

Sebenarnya di luar sana ada golongan yg juga berhutang.. juga terpaksa peruntukkan sejumlah wang pendapatan untuk bayar hutang (ansuran) tapi TANPA RASA BEBAN. Tanpa perlu korbankan keperluan lain.

Mereka ini ialah golongan yg telah memilih untuk MEMBAIKI PENDAPATAN.

PERNAHKAH ANDA BERJUMPA DENGAN MEREKA INI?

KALAU PERNAH, APA YANG ANDA BUAT?
PERNAH TANYA PENDAPAT & TUNJUK AJAR?

ATAU CEPAT2 CARI JAWAPAN UNTUK DIRI ANDA SENDIRI KENAPA ANDA TIDAK SEPERTI MEREKA?

Bersambung...

Wednesday, November 26, 2008

GROUP369 PAKSA BERHUTANG

Ada orang cakap, Group369 Hai-O paksa sapa2 yg nk join bisnes ni supaya buat loan!?

urmmm... :)
Bagi aku, statement camni agak sukar bagi fikiran waras aku nak terima mudah-mudah.
Sebab sepanjang aku 'berdamping' dengan Group369 ni, kenal leader2 Group369 ni, kenal CDM2 Group369 ni (aku kenal, tp mungkin derang tak kenal aku)... Takde plak aku jumpa point yg bleh aku nak dakwa derang memaksa untuk new-member buat loan, diulangi; PAKSA!

Yang aku jumpa, yg aku perasan, yg aku faham.. derang ada cadangkan, tunjuk jalan darimana nak dapatkan modal. Maklum la, orang kita bukan ada simpanan sangat. Nak jual Sistem Rawatan Air Bio Aura yg harga RM2080 tu pon jarang sangat yg mampu beli cash/tunai. Tu untuk pakai sendiri, apa lagi laa kalo nak buat bisnes.. mane laa nak cekau modal!

Okes..!
Ni baru mukadimah untuk tajuk PAKSA BERHUTANG.
Belum masuk isi lagi.
Kesimpulan pon lambat lagi.
Tapi untuk posting kali ni, aku break sini dulu.

Pandangan & komen anda berkaitan tajuk ni amatlah dialu2kan..

Bersambung... ;)

Tuesday, November 25, 2008

CALDINA 369







CALDINA 369 Rock On The Road!!

Sunday, November 16, 2008

PENIAGA CEMERLANG & BERETIKA


Penerima 'ANUGERAH KECERMELANGAN PENIAGA BERETIKA 2008'

Diantara beribu-ribu syarikat yang ada di Malaysia, Hai-O Marketing tersenarai di tangga yang ke-6 dan dipilih oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) sebagai Penerima ANUGERAH KECEMERLANGAN PENIAGA BERETIKA pada tahun 2008.

Rujuk:
http://www.kpdnhep.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=12524

Saturday, November 15, 2008

BURSA MALAYSIA


Satu-satunya syarikat yang terlibat dengan jualan langsung tempatan tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia.

Monday, October 27, 2008

HAI-O unjur perolehan lepasi RM400j

Hai-O unjur perolehan lepasi RM400j
Oleh CYNTHIA YEOH

KUALA LUMPUR 26 Okt. - Hai-O Enterprise Bhd. (Hai-O) mengunjurkan perolehan lebih RM400 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 April 2009 disokong oleh sumbangan daripada segmen jualan langsung pelbagai peringkat (MLM).

Pengarah Urusan Kumpulannya, Tan Kai Hee berkata, unjuran itu berdasarkan kekuatan rangkaian pengedarnya yang kini 70,000 orang menerusi MLM dan pengenalan produk baru.

Menurutnya, sebanyak 20 peratus daripada jumlah pengedar adalah aktif dan secara purata menyumbang jualan kira-kira RM25 juta kepada kumpulan.
''Kami yakin sasaran itu mampu dicapai berikutan bilangan pengedar yang semakin meningkat dan menjangka pertumbuhan sehingga 2,000 ahli baru sebulan.

''Ketika berdepan dengan kelembapan ekonomi, ramai bumiputera akan menceburi dalam jualan langsung berserta bantuan daripada kerajaan, kami yakin segmen MLM akan terus berkembang," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Kai Hee berkata, Hai-O akan memperkenalkan produk baru iaitu penjagaan kesihatan dan kosmetik kepada rangkaian produk yang sedia ada.
''Kira-kira 80 peratus pengedar terdiri daripada golongan wanita. Kami percaya produk baru itu bakal mendapat sambutan menggalakkan daripada mereka," katanya.

Ujarnya, pada masa yang sama, mereka akan terus mengukuhkan jenama produk yang menjadi kekuatannya iaitu pakaian dalam pembentukan badan berteknologi inframerah Premium Beautiful dan sistem penapisan air Bio Aura.
Katanya, kedua-dua produk tersebut merangkumi lebih separuh daripada jualan yang disumbangkan oleh segmen MLM.

''Kami berjaya menjual sekurang-kurangnya 70,000 unit Bio Aura generasi kedua dalam setahun, sejak pelancarannya pada awal 2007," jelasnya.

Kedua-dua produk itu turut meraih anugerah Superbrands di bawah anak syarikatnya, Hai-O Marketing Sdn. Bhd. (Hai-O Marketing).

Menurut beliau, segmen MLM menyumbang 75 peratus kepada perolehan kumpulan.

''Pertumbuhan itu didorong oleh rangkaian produk berkualiti tinggi yang dijual pada harga berpatutan serta pengedar berkebolehan selain strategi pelan pemasaran agresif dan insentif pelancongan yang menarik ditawarkan," katanya.

Dalam pada itu, beliau menyarankan supaya lebih ramai bumiputera menyertai syarikat ini untuk meningkatkan potensi diri mereka dalam bidang keusahawanan dan merebut peluang meraihkan pendapatan menarik.

Pada Ogos 2007, Hai-O Marketing dianugerahkan Penghargaan Khas oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi berikutan sumbangan beliau melahirkan usahawan bumiputera di negara ini.

Tambahnya, Hai-O akan mengembangkan operasi di luar negara bermula dengan Indonesia untuk menembusi pasaran Islam di negara itu kerana semua produknya ditanggung halal.

''Kami menjangka jualan akan meningkat apabila operasi di Indonesia bermula dalam beberapa bulan lagi, tahun ini," ujarnya.

Kini, Hai-O Enterprise berada di kedudukan 10 teratas syarikat jualan langsung terbaik di negara ini.

Beliau berhasrat Hai-O akan menduduki tempat kedua dalam tempoh 10 tahun akan datang.