Monday, October 27, 2008

HAI-O unjur perolehan lepasi RM400j

Hai-O unjur perolehan lepasi RM400j
Oleh CYNTHIA YEOH

KUALA LUMPUR 26 Okt. - Hai-O Enterprise Bhd. (Hai-O) mengunjurkan perolehan lebih RM400 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 April 2009 disokong oleh sumbangan daripada segmen jualan langsung pelbagai peringkat (MLM).

Pengarah Urusan Kumpulannya, Tan Kai Hee berkata, unjuran itu berdasarkan kekuatan rangkaian pengedarnya yang kini 70,000 orang menerusi MLM dan pengenalan produk baru.

Menurutnya, sebanyak 20 peratus daripada jumlah pengedar adalah aktif dan secara purata menyumbang jualan kira-kira RM25 juta kepada kumpulan.
''Kami yakin sasaran itu mampu dicapai berikutan bilangan pengedar yang semakin meningkat dan menjangka pertumbuhan sehingga 2,000 ahli baru sebulan.

''Ketika berdepan dengan kelembapan ekonomi, ramai bumiputera akan menceburi dalam jualan langsung berserta bantuan daripada kerajaan, kami yakin segmen MLM akan terus berkembang," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Kai Hee berkata, Hai-O akan memperkenalkan produk baru iaitu penjagaan kesihatan dan kosmetik kepada rangkaian produk yang sedia ada.
''Kira-kira 80 peratus pengedar terdiri daripada golongan wanita. Kami percaya produk baru itu bakal mendapat sambutan menggalakkan daripada mereka," katanya.

Ujarnya, pada masa yang sama, mereka akan terus mengukuhkan jenama produk yang menjadi kekuatannya iaitu pakaian dalam pembentukan badan berteknologi inframerah Premium Beautiful dan sistem penapisan air Bio Aura.
Katanya, kedua-dua produk tersebut merangkumi lebih separuh daripada jualan yang disumbangkan oleh segmen MLM.

''Kami berjaya menjual sekurang-kurangnya 70,000 unit Bio Aura generasi kedua dalam setahun, sejak pelancarannya pada awal 2007," jelasnya.

Kedua-dua produk itu turut meraih anugerah Superbrands di bawah anak syarikatnya, Hai-O Marketing Sdn. Bhd. (Hai-O Marketing).

Menurut beliau, segmen MLM menyumbang 75 peratus kepada perolehan kumpulan.

''Pertumbuhan itu didorong oleh rangkaian produk berkualiti tinggi yang dijual pada harga berpatutan serta pengedar berkebolehan selain strategi pelan pemasaran agresif dan insentif pelancongan yang menarik ditawarkan," katanya.

Dalam pada itu, beliau menyarankan supaya lebih ramai bumiputera menyertai syarikat ini untuk meningkatkan potensi diri mereka dalam bidang keusahawanan dan merebut peluang meraihkan pendapatan menarik.

Pada Ogos 2007, Hai-O Marketing dianugerahkan Penghargaan Khas oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi berikutan sumbangan beliau melahirkan usahawan bumiputera di negara ini.

Tambahnya, Hai-O akan mengembangkan operasi di luar negara bermula dengan Indonesia untuk menembusi pasaran Islam di negara itu kerana semua produknya ditanggung halal.

''Kami menjangka jualan akan meningkat apabila operasi di Indonesia bermula dalam beberapa bulan lagi, tahun ini," ujarnya.

Kini, Hai-O Enterprise berada di kedudukan 10 teratas syarikat jualan langsung terbaik di negara ini.

Beliau berhasrat Hai-O akan menduduki tempat kedua dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Saturday, October 25, 2008

Dari CDM Aziz - 25OCT08

CDM Aziz merupakan antara top leader dlm Hai-O yg mempunyai rangkaian perniagaan yg hebat dibawah Kumpulan 369.

Mempunyai misi sendiri dlm bisnes ni.
Antaranya:
- 1st - Membawa keluarga & saudara-mara bersama2 jalankan bisnes ni hingga berjaya.
- 2nd- Berkongsi peluang keemasan ini bersama rakan2 terutamanya yg sama2 study di ITM dulu.
-3rd- Mengembangkan empayar perniagaan bersama siapa saja yg MAHU.

TERKINI TENTANG HAI-O
dari CDM Aziz:
1) Sale syarikat terkini melebihi RM25j.
2) Kira-kira RM20j daripada sale tersebut adalah dari Kumpulan 369.
3) Banyak pihak cemburu terhadap kehebatan Kumpulan 369 dengan Budaya yg dibawa bersama Sistem 369.
4) Kehebatan Group 369 telah mencipta sejarah dalam dunia MLM apabila berjaya melahirkan 97 orang CDM daripada 180 orang CDM Hai-O.
5) Perkembangan ini mendorong beberapa pihak tertentu untuk mengkaji apakah rahsia kejayaan Kumpulan 369.
6) Lalu muncul beberapa kumpulan lain dengan strategi yg saakan2 sama dengan yg digunakan Group 369. Juga ditiru pihak syarikat lain!
7) Namun jika diperhatikan, hingga kini hasilnya belum mampu memecahkan rekod kejayaan Kumpulan 369.

8) Cikgu Mat Saleh merupakan orang yg bertanggungjawab membawa orang Melayu terlibat dlm perniagaan MLM di bawah syarikat Hai-O Marketing.
9) Dulu, majoriti pengedar Hai-O dari bangsa Cina.

10) Dalam dunia MLM, perkara terpenting mesti dimiliki ialah IMPIAN.
11) Sabar & Istiqamah semasa followup prospek atau rakan kongsi yg jenis degil or liat.
- Hasilnya pasti diluar dugaan.
12) Sentiasa muhasabah diri ketika susah mahupon senang.
13) Rendah diri, minta nasihat org yg dah berjaya atau lebih berpengalaman.
14) SIKAP sendiri yg tentukan perjalanan hidup kita.
15) Jadilah PENDENGAR yg baik. Lebih baik diam.
16) Target dlm bisnes ialah ingin membina & memiliki Empayar perniagaan yg luas.

17) Dalam Hai-O, dah ada usahawan yg berpendapatan RM300,000 sebulan.
18) Simpanan dlm TabungHaji CDM Rohana & CDM Azlan melebihi RM8j.

TEKNIK FOLLOWUP

Kalau nak lakukan 'redah', pastikan kita membuat plan A,B,C.
Contohnya: Sediakan list prospek lain yg berhampiran sebagai plan B jika propek 'redah' takde kat rumah.

Peruntukan untuk sakit?

Dalam masyarakat kita, sekurang2nya ada 4 golongan yang berbeza prinsip dalam menguruskan kewangan diri dan keluarga.

1] Golongan kebanyakan yg akan memperuntukkan sebahagian pendapatan bagi tujuan perubatan bila sakit. (Duit untuk sakit).

2] Golongan yg mempunyai peruntukan khas untuk menjaga kesihatan bagi mengelak daripada ditimpa penyakit. (Duit untuk sihat).

3] Ada juga yg akan menyediakan tabung khas utk digunakan waktu kecemasan ditimpa penyakit dll. Dalam masa yg sama, sentiasa bersedia mengeluarkan bajed untuk tujuan menjaga mengekalkan kesihatan.

4] Malangnya masih terlalu ramai mereka yg tidak mempunyai apa2 peruntukan khas bagi 2 keperluan ini.

[Tidak dinafikan, peruntukan yg disebutkan diatas perlu tersenarai dlm bajed belanjawan pribadi atau keluarga kita. Tapi disebabkan terlalu ramai org kita yg bekerja medapat gaji lebih rendah daripada kos perbelanjaan harian.
Kuasa beli sgt rendah]

Peluang perniagaan dlm Hai-O Marketing terbuka luas utk sesiapa saja rebut.
Kenapa masih ada yg lebih suka merungut tentang masalah kewangan tapi takde pulak tindakan susulan selesai rungutan?!

Identiti Kumpulan 369

Penerangan Sistem 369 oleh DDM Fairuz - Seorang pensyarah yg sedang bercuti tanpa gaji utk fokus dlm bisnes. Dah nak CDM la katakan! ;)

# Budaya 369 adalah identiti Group 369.
- Setiap ahli mesti amalkan budaya yang diterapkan ini sebagai disiplin dalam perniagaan.
- Budaya ini telah diamalkan oleh ahli2 senior Group 369 yang telah berjaya.

# Antara budaya yg diterapkan dalam Group 369 ialah:
* Setiap ahli mesti melakukan jualan peribadi sekurang2nya 20,000PV sekaligus melayakkannya dianugerahkan pangkat Pengurus Jualan.
- Letak sasaran pertama bila menjadi ahli ialah capai pangkat Sales Manager (SM)
- Fokus kepada 2 produk : BioAura & Premium Beautiful.
- Mendapatkan 4000PV dengan menggunakan sendiri produk.
- Pengalaman mengguna produk akan memberi keyakinan & kejujuran ketika mempromosikan produk tersebut kepada prospek.
- Jual produk sekurang2nya 16,000PV bagi mencukupkan keseluruhan 20,000PV peribadi.

# Selain target 20,000PV dan berpangkat SM;
- Setiap ahli mesti melakukan penajaan sekurang2nya 4 orang rakan niaga dibawah jaringannya secara terus.
- Tetapi tidak lebih 6 orang rakan kongsi.
- Wajib mentarbiah rakan kongsi sebaik mungkin supaya mereka berjaya dalam perniagaan yg kita perkenalkan ini.
- Dengan membudayakan sponsoring tidak lebih 6 orang, setiap ahli mampu memberi perhatian semua rakan kongsi.
- Group 369 tidak mahu dicemari rungutan "upline tinggal downline".

# Setiap ahli Group akan mengamalkan kaedah jualan yg sama.
- Menjual secara tunai kepada pengguna yg mampu.
- Membuka kemudahan bayaran ansuran kepada yg tak mampu.
- Setiap ahli perlu menyedari bahawa kaedah jualan yg dilakukan ini adalah bertujuan membantu mereka yg kurang kemampuan untuk mendapatkan produk yg mereka perlukan.

Walau dimana berada, budaya 369 mesti dibawa dan dijaga sekaligus membolehkan orang ramai mengenali kita melalui identiti tersendiri.

Migrain tiada lagi!

Pengalaman DSM Safinah pakai P.Beautiful.

* Sangat berpuas hati kerana masalah migrain yg dideritainya selama ini telah selesai semanjak memakai Corset P.Beautiful.

*Tak perlu lagi jumpa Doktor dan habiskan banyak duit untuk rawatan dan ubat. Dulu bergantung pada ubat.

*Ubat yg diberi akan membuatkan dia tidor tak sedarkan diri.

*Suaminya akan tinggalkan dia dalam bilik yg gelap & tutup supaya anak2 tak ganggu bila migrain menyerang.

*Safinah juga gembira kerana tubuhnya yg dulu terlalu kurus kini dah berisi dan ada potongan.

Dulu makan banyak pon tetap kurus.

Corset Premium Beautiful

Malam ni sampai lewat sket. Huhu.. Macam la malam lain sampai awal!
Walau camne pon, ilmu yang dikongsi tak ada hadnya. Mesti diceduk sebaik mungkin.

DSM Nazarina sedang berkongsi ilmu tentang produk Corset Premium Beautiful.
Seperti kebanyakan wanita dah tahu, P.Beautiful ni memang la sangat2 hebat.

Dah berapa ramai pompuan2 yg tampil ke depan berkongsi pengalaman memakai Corset P.Beautiful ni. Semuanya berpuas hati dan bersyukur kerana diberi peluang memakainya. Macam2 la masalah kesihatan mereka selesai kesan dari pemakaian Corset P.Beautiful ni.

Dalam aku duk dengar DSM Nazarina buat penerangan P.Beautiful ni, aku teringat kat kawan pompuan aku tu.. Beberapa bulan lepas aku ada tolong belikan Corset P.Beautiful ni kat dia. Dia ni ada masalah senggugut tahap ganas jgk la. Nak gerak pon takleh. Camne rasa sakitnya tu aku tak tau la. Setakat ni takde pengalaman kena senggugut lagi.. huhuhu..

Disebabkan ramai pompuan kat kelas 369 citer P.Beautiful pon bagus untuk masalah senggugut. Aku rekmen la suruh dia beli satu set.

Sambil2 dgr DSM Nazarina duk membebel kat depan, aku pon SMS kawan aku ni, tanya ada apa2 kesan tak sejak dia pakai P.Beautiful tu.

Dia pon Reply:
" Ada..pinggang sy dah tak sakit. U bygkanla,sy drive dr utara ke selatan sket pn tak sakit pinggang,klo dulu drive ke melaka pn dah sakit,pastu biji2 angin dah takde kt bdn:-) nape tya?"

Rupa2nya bukan masalah senggugut je ada, pinggang pon sakit. Dia ni tak kawin lagi, tapi memang selalu drive..

Aku pon senyum sambil baca SMS dia tu... Walaupon dia tak citer psl senggugut dia dulu tu, tapi aku rasa tak perlu dah aku tanya lagi, sebab seingat aku, sejak dia pakai Corset P.Beautiful ni, belom pernah lg aku dgr dia sebut perkataan senggugut. Aku pon buat kesimpulan, masalah senggugut dia dah hilang dan dia sangat berpuas hati dengan produk Premium Beautiful tu. Walaupon harga 1 set RM2000 lebih. Dia bayar cash tu!

Aku tumpang puas hati & gembira... Walaupon aku bukan seorang Doktor, apatah lagi pakar sakit puan, tapi boleh jugak bantu selesaikan masalah dia ni. Hanya dgn mencadangkan dia pakai Corset Premium Beautiful. Alhamdulillah...

Bagi aku, tak hairan la kenapa dalam banyak2 Corset yang ada di pasaran harini, macam2 syarikat jual.. Tapi Corset Premium Beautiful merupakan satu2nya Corset yg mendapat anugerah "SUPER BRAND" !!

Kita pon tahu.. bukan senang2 nak dapat Award SUPER BRAND tuu.. Bukan bleh balun cop2 camtu jee.. bukan bleh main tulis camtu je..

Produk hendaklah berada di pasaran melebihi 1 tahun dan mempunyai lebih 1000 orang pengguna tanpa komen / feedback yg negatif dalam masa yg sama mendapat positif testimoni dari pengguna.

Bila banyak Corset bermacam2 jenama dijual di pasaran, harga juga berbeza. Yang pasti, masing2 akan mendakwa jenama mereka juga bagus. Teknik memainkan harga akan jadi marketing strategi terbaik sesetengah syarikat yg bersaing. Sesuai dgn citarasa kebanyakan orang kita yg lebih berminat cakap pasal harga daripada menilai qualiti masa nak beli sesuatu barangan.

Situasinya begini:
Syarikat A jual corset. Syarikat H juga jual corset di pasaran yg sama.
Syarikat A mendakwa Corset mereka yg terbaik.
Syarikat H takkan kata Corset yg mereka jual tak elok.

Bagi aku, dlm situasi begini, lebih adil aku dapatkan pandangan dari pihak lain yg tiada kaitan dgn kedua2 syarikat ni.
Dipendekkan cerita, Corset yang menerima award "SUPER BRAND" adalah pilihan terbaik.
Corset yg aku maksudkan sudah tentu Premium Beautiful.
Kerana setakat ni, P.Beautiful sahaja Corset yg dpt SUPER BRAND.
Tambah pula, Corset Premium Beautiful mempunyai Jaminan Seumur Hidup!

Setakat ni dah lebih 5 tahun P.Beautiful berada di pasaran, takde lagi la aku dgr orang yg memakai komplen tak elok. Semua yg aku jumpa dgn bangga citer Corset Premium Beautiful memang bagus. Yang belum pakai pon ramai yg cakap P.Beautiful bagus. Tapi tak cukup duit lagi nak beli.

Nampak di sini, betapa bermanafaatnya Sistem 369 yg Group 369 amalkan. Kerana kami memberi kemudahan bayaran ansuran kepada mereka yg memerlukan tapi tak mampu beli cash! Ansuran pula tanpa faedah. Kalo harga RM2200 1 set, tempoh bayar berapa bulan pon tetap pada harga yg sama. (RM200 x 11 bulan = RM2200) Tak mampu RM200 sebulan, bayar RM100 sebulan.

erkk..! agak panjang jugak aku membebel eh...
takpe, sekadar berkongsi maklumat.
[25 OCT 2008 - Sabtu malam Ahad]

Tuesday, October 14, 2008

Dari CDM Madon untuk DSM, DDM & CDM

Penggulungan malam ni macam biasa la.. Sifu besar kita CDM Abg Madon mengambil tanggungjawab sebagai leader Group 369.

Mengulang makluman DDM Puan Hani adalah Penerbit rancangan Selamat Pagi Malaysia RTM yg menjadi MC malam ini.

DDM & CDM = ZONE SELESA

DSM = ZONE UJIAN & TITIAN KE ZONE SELESA
* Perasaan risau terhadap perjalanan bisnes adalah suatu petanda baik.
> Menunjukkan keperihatinan terhadap bisnes.

DSM perlu kuat, jangan berhenti. Ini adalah peringkat yang paling mencabar. Anda sudah berada di batasan akhir untuk sampai ke zone selesa.
> Jangan takut downline laju/cepat dalam bisnes mereka, walaupon downline tersebut akan potong pangkat kita.

Perkongsian Ilmu & Pengalaman

CDM Azizul [Jelmaan CDM Madon]
* Sentiasa biasakan / tabiatkan diri buat sponsoring selalu.
* Sponsoring bukan bertujuan nak suruh orang join bisnes kita semata2. Tapi merupakan latihan bagi kita dalam proses memantapkan ilmu yg dipelajari.

DDM Rizwan
[Membangunkan ramai usahawan dari pekerja swasta yang berjaya]
* Langkah dari SM ke DSM.
- Tapi tak semestinya setiap orang akan bermula dari SM. Mungkin D1,2..D6..
* Bagi SM => Jangan abaikan set produk yg dimiliki.
> Kesemua produk berkualiti merupakan aset untuk kita cairkan.
> Lakukan jualan, dlm masa yg sama akan jumpa byk peluang sponsor.
* Untuk sponsoring, jangan sekali2 mewajibkan hanya untuk prospek yg mampu beli 10 set.
> Buka peluang kepada siapa saja yg MAHU. Bergantung kemampuan. Walaupon pada mereka yg hanya mampu beli 1 produk.
* Yang penting, beri kefahaman yg jelas tentang bagaimana proses kenaikan pangkat dan pembahagian bonus.
> Fokus pada berapa produk yg mampu dijual bagi mencukupi PV untuk kenaikan pangkat sekaligus menambah % keuntungan.
> Jangan hanya fokus pada 'berapa orang' yg join. Kita berniaga barang, bukan orang!

BANTU RAKAN / KENALAN MEMBUAT TARGET (CIPTA IMPIAN)
- Timbulkan rasa minat & cintakan majlis2 ilmu yg diadakan.

Mungkin kita letih dalam usaha kita mencapai matlamat dan impian. Namun jangan kita lupa, setiap penat letih kita dibayar. Kita menjalankan misi yg besar. Walaupon kelihatan lekeh!
- Buang pengaruh bisnes MLM lama dari fikiran. Bisnes kita di Hai-O bukan bersifat bermusim.

> Tugas usahawan Hai-O adalah menyampaikan maklumat yg diterima kepada semua orang.. Walaupon orang yg pernah menerima maklumat yg sama dari orang lain. Kerana penyampaian setiap orang adalah berbeza walaupon tentang benda yg sama.

> Apa sahaja yg berlaku atas diri kita dari tindakan / pilihan kita adalah dari kita sendiri. Kerana itu kita dikira akil baligh!

DISANA terdapat trek usahawan : Anda yg berjaya melayakkan diri sebagai Pengurus Jualan [SM].
Dari sini barulah anda dikira bermula sebagai usahawan. Bukan lagi pengedar biasa.

Jangan hadkan potensi diri.

Setengah yang menjalankan perniagaan ini berasa selesa bila mula mendapat pendapatan bulanan sekitar RM10k sebulan.

Mengapa begitu..??
Sedangkan potensi pendapatan dalam dunia perniagaan tidak pernah terhad kerana tiada siapa yg boleh tetapkan berapa pendapatan bulanan kita seperti kerja makan gaji.
- Teruskan usaha..
Contohilah CDM2 kita yang mencapai pendapatan melebihi RM200k++ sebulan.. Perhatikan mereka.. masih lagi mewajibkan diri hadir ke kelas2 ilmu setiap minggu.