Friday, April 18, 2008

RM23k = 10 BULAN

BAGI YG JOIN & BUAT BISNES NI IKUT SYSTEM369:

Loan 23k bayar dalam 10thn...?
Gimik je lebih tuu...
Tak sampai '10 bulan' dah bleh settle.

Yer la..
1.Join je terus dpt bonus RM4700 or RM3000. = cover 10 ke 15 bulan. (300 = 1 bln)
2.Bio Aura Water System ada 10 set bleh jual.
Atau..
Premium Beautiful ada 12 set bleh jual.
(Produk tak expired & tak susut nilai.)

Kalo sebulan jual 1 set je..
10 bulan dah dpt 21k - 23k.
10 bulan dah bleh selesai loan 10 tahun tu!!

Blom campur bonus bila dapat downline lagi.
10 bulan koman2 dapat 4 orang pon dah dpt bonus ribu2..

Betol tak?
Boleh tak?
Aku boleh!!

Cuma bagi org tau apa kita ada & apa kita buat.

**Ini kira2.. congak2 org yg join dan betol2 buat ikut sistem la. Kira2 otak bisnes..

Tapi bagi yg join pastu mula2 je hangat2 taik ayam..
malu tak bertempat..
mulut berat nak bagi tau orang..
Tapi nak tunggu je duit dtg sendri..
Itu macam kalo hidup 100 tahun pon blom tentu dapat kumpul 23k..

Kalo nak join, mesti kena buat!
Kalo nak main2, sendri yg berat!

Lu pikir la sendiri...

Thursday, April 17, 2008

SUNAH BERNIAGA

9/10 punca rezeki itu adalah dari perniagaan.
-Bagaimana kita memahami tulisan diatas?

Mari kita fikirkan sedikit coretan ringkas dari aku berkenaan perniagaan dan hubungkaitnya dengan kehidupan kita hari ini. Mana tau ada manafaatnya untuk direnungkan....

Semua maklum yg RasuluLlah juga pernah BERNIAGA. Baginda dikenali sebagai seorang yg amanah dan hebat dalam perniagaan.

Baginda pernah berniaga hingga ke Syam bersama bapa saudaranya dan menjalinkan jaringan perniagaan dengan masyarakat Yahudi disana.

RasuluLlah tidak terus bermula dengan perniagaannya sendiri, bahkan pernah berniaga untuk seorang 'Tokey' wanita yg bernama Siti Khadijah. Juga pernah menjaga amanah perniagaan milik saudagar Yahudi sehingga saudagar tersebut kagum dengan sifat baginda.

Dizaman jahiliyah, cukup masyhur dengan penindasan keatas kaum wanita yg dianggap membawa sial bagi masyarakat arab, sehingga Sayyidina Umar sendiri pernah membunuh anak perempuannya ketika itu.

Namun Siti Khadijah, seorang wanita yg hidup ditengah2 masyarakat Jahiliyah telah dipandang tinggi dan disegani. Ternyata beliau adalah seorang ahli perniagaan yg mempunyai rangkaian (networking) yg luas diseluruh tanah arab.

(bagaimana wanita kita harini?)

Abdulrahman bin Auf, nama yg tidak asing dikalangan penggiat ekonomi dan perdagangan Islam dan bukan Islam.. Memiliki strategi perniagaan yg sering dicemburui golongan bukan islam.. Dermawan yg banyak menginfakkan hartanya kejalan Allah.

(kalau hidup cukup2 makan je camne nak infak/sedekah?)

Namun harini kita tengok.. pemikiran umat islam telah diputar dan disalahfahamkan pandangannya terhadap perniagaan.. akhirnya mereka sangat takut untuk berniaga. Keadaan ini telah digunakan sebaiknya oleh golongan bukan Islam.

Moral of this story:
- Berniaga adalah satu sunnah.
- Jujur dan Amanah antara kunci kejayaan.
- Tak salah berurusniaga dgn bukan Islam.
- Wanita juga hebat dalam dunia perniagaan.
- Kalau dah kaya jgn lupa diri. Sedekah.
- Kongsi peluang perniagaan dengan semua orang.

Monday, April 14, 2008

HUTANG

Apa pendapat anda kalau aku katakan kebanyakan rakyat Malaysia khususnya graduan pusat pengajian tinggi yang bekerja makan gaji adalah orang yang muflis secara tak sedar?

Aku berkata begitu kerana beberapa perkara yang boleh kita fikirkan bersama.

Sudah menjadi kebiasaan secara paksa bagi pelajar yang ingin melanjtkan pelajaran ke pringkat tinggi lepas sekolah mesti buat pinjaman pelajaran.

Samada diperingkat diploma ataupon ijazah, pelajar terpaksa berhutang lebih kurang RM15 ribu hingga RM40 ribu dan keatas sebagai pembiayaan pengajian dengan harapan mendapat pekerjaan yang selesa dan bergaji tinggi.

Dari sini kita boleh membahagikan mereka kepada 2 golongan yang berbeza tapi akan melakukan perkara yang sama;
1. Mereka yg terus dapat kerja lepas grad IPT.
2. Mereka yg tak dapat kerja walaupon mempunyai sijil University hebat.
=> kedua2nya tetap perlu membayar hutang pengajian dulu.

Bagaimana pula sekiranya mereka perlukan kenderaan? Rumah? dan sebagainya?

Menjadi kebiasaan dan tak nampak janggal sekiranya mereka membeli kereta,rumah dll secara hutang. Pastinya hutang2 ini perlu dibayar, caranya tentulah dengan potongan gaji.

Secara ringkas dari apa yg sempat aku tulis disini, menunjukkan gaji atau pendapatan mereka adalah belom lagi milik mereka secara bebas selagi belom selesaikan hutang2 tersebut. Gaji untuk bulan ini dan seterusnya adalah milik bank yg memberi pinjaman seawal memulakan pengajian dulu lagi.

Untuk mudahkan lagi saya bawakan contoh:

Diandaikan pelajar degree, buat pinjaman lebih kurang RM35 ribu.
Grad dan dapat kerja dengan gaji RM1500 sebulan.
Perlukan kereta, amek la waja baru dlm RM75k.
Buat loan 9 tahun, bayar muka RM2000. Bayar bulanan RM700 x 9 thn = RM76000.

RM76000 + RM35000 = RM111000.

Gaji RM1500 x 12 = RM18000 setahun.
Kerja 6 tahun 2 bulan = RM111000.
= Gaji kerja 6 tahun 2 bulan sebenarnya bank punya.
= Muflis cara kehormat.

Itu contoh kalau tak usik langsung duit gaji & bayar hutang 100%.
Belom lagi buat loan nak beli rumah.
Belom lagi kira personal loan nak kawin atau tukar sport rim kereta.
Memang hakikatnya muflis.. tapi muflis mulia dan bergaya.

Namun perkara ni normal bagi orang kita.
Bila semua orang buat camtu, ia akan dianggap normal.
Kerana mereka merasakan tidak ada jalan/cara lain untuk memenuhi tuntutan keperluan hidup hari ini.. memang 'terpaksa' buat loan.
Walaupon terpaksa menanggung hutan dan riba.. diulangi, terpaksa...

Kalo nak kumpul dulu duit gaji sampai cukup utk beli kereta atau rumah, entah bila la bleh merasa gi keje naik kereta. Banyak la urusan harian yg terbantut.

Sebenarnya ada jalan penyelesaian.
Bagai mana mengelak diri daripada terus berhutang dari belajar hingga kerja dan seterusnya.. mungkin sampai tahap mewariskan hutang pada sedara atau anak2 yg memang dah ada hutang sendiri.

Kami ada jalan penyelesaiannya.
Anda tak perlu berhutang dan menanggung hutang berterusan disebabkan ketiadaan duit.

Dengan jalan dan sistem yg kami perkenalkan ini, anda mungkin akan buat loan lagi.. tapi dalam keadaan yg berbeza;
dulu buat loan rumah or kereta kerana takde duit...
Lepas ikut sistem ni, buat loan rumah or kereta sebab nak kecikkan income-tax.. sedangkan wang simpanan cukup untuk beli apa saja secara tunai atau lumsum!!


Kesimpulannya, terdapat 2 golongan juga orang yg buat loan ni..
1. Loan & takde duit.
2. Loan & ada duit.

Bagaimana caranya?
Ikut lah sistem 369.
Kami akan tunjuk bagaimana caranya..
Yang penting anda betol2 mahu.
Kalo nak cuba2 naib.. lupakanlah niat suci ada tu.